Yamaha perkenal R1 Race

Tiada lagi Roadtax di Cermin


Kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan bermotor mereka, berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Pada sidang media, Siew Fook berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.

Beliau berkata, seksen 20 akta pengangkutan jalan yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan tidak akan dikuatkuasakan.

 ' Ini dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia'. - Menteri Pengangkutan-

Sumber : Utusan Malaysia

Comments

Follow Us