Yamaha perkenal R1 Race

Winter Test untuk semua Peringkat Umur.


Semalam, kami sudah berkongsi berkenaan pendaftaran pengunjung ke acara MotoGP Winter Test yang berlangsung pada 10 hingga 12 Februari ini. Rata-rata peminat tidak sabar untuk pergi dan mengambil inisiatif untuk mendaftar di dalam borang Google Form dengan lebih awal. 

Namun ada beberapa persoalan daripada mereka bahawa boleh ke bawa kanak-kanak? Macam mana nak register? Ok disini kami ingin menjelaskan cara-caranya. 

berikut adalah tentang ibu bapa yang ingin membawa untuk masuk ke Grandstand untuk Official Test: 

1. Kanak kanak perlu register via QR code / Link Google Form di dalam media sosial SIC untuk Winter Test. Semasa pendaftaran, pakai email ibubapa yang sama sahaja cuma tukar nama mereka.

2. Tiada had umur bagi kesemua kanak kanak

3. Untuk mengelakkan daripada sebarang kesulitan, anda digalakkan mendaftar QR code/Link Google Form sebelum masuk ke Main Grandstand

Bagi sesiapa yang belum mendaftar, anda boleh scan QR Code atau link Google form di bawah ini

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf29eiqtoezd6JyZRE323Obt5sUJpSn1UMpHJT0M4adNb0Euw/viewform

Walaupun kanak-kanak boleh datang di acara ini, kami menasihatkan bahawa jika anak anda terlalu kecil dan masih bayi, kami tidak menggalakkan anda membawa mereka di tempat ini kerana cuaca agak panas tidak bersesuaian dengan suhu yang disyorkan oleh mereka. Dalam masa yang sama penyakit kini bercambah-cambah jadi kita elak daripada mereka dijangkiti kerana bayi masih lemah anti body mereka 

Sekali lagi kami ingin menguar-uarkan, kepada sesiapa pemegang tiket Main Grandstand, 1000 orang terawal, bakal berpeluang untuk bergambar bersama pelumba di Pitlane.


Comments

Follow Us