Yamaha terpantas pada hari pertama Sepang Shakedown

MotoGP kini kembali beraksi setelah sekian lama bercuti panjang cuti musim sejuk. Aksi pertama dimulakan di Malaysia iaitu Sepang menjadi litar pilihan untuk membuat ujian setiap tahun. 

Sepang Shakedown melabuh tirai pada hari pertama hari ini dan berikut adalah sedikit rumusan untuk hari ini:


YAMAHA

Pelumba ujian Yamaha, Cal Crutchlow menguji tiga jentera M1, dua daripadanya adalah spec 2023 dan satu lagi mesin spec 2022. Tumpuan utama Yamaha kali ini tak lain dan tak bukan tertumpu pada enjin baharu mereka yang lebih agresif. Namun, jika kita melihat sekilas pandang pada catatan masa, nampaknya masalah yang timbul pada penghujung tahun lalu telah baik pulih.

Crutchlow mencatatkan kelajuan tertinggi 330km/j iaitu beberapa km/j sahaja lagi daripada kelajuan terpantas yang dicatatkan oleh jentera Aprilia iaitu 332kmj.  Di samping itu, jika kita melihat kembali Ujian Sepang pada tahun 2022, kelajuan tertinggi Yamaha yang terpantas ialah 327km/j. Walaupun perbezaan tidak katara, ini merupakan petunjuk awal bahawa kemajuan telah dicapai. 

KTM

Juara Dunia Moto2, Augusto Fernandez telah kembali menggunakan GASGAS Factory Racing Tech3 RC16. Beliau nampaknya tidak kekok dan nampak kian selesa memacu jentera kelas utama.

 Tahun lalu, beliau tidak mempunyai apa-apa target ketika ujian di Valencia. Namun, tiga hari ini akan menjadi sangat penting bagi pelumba Sepanyol itu untuk mula memberi input membangunkan jentera itu. Beliau menduduki tempat kedua catatan masa dengan 2:01.331, hanya 0.185s daripada Cal Crutchlow.

Selain itu, untuk Kilang KTM pula, dengan kedatangan pelumba ujian baharu mereka, Jonas Folger, KTM mempertaruhkan 3 pelumba ujian sekaligus iaitu Pedrosa dan Kalio. Pedrosa pula bekerja dengan kru Jack Miller untuk hari ini.

HONDA

Stefan Bradl memainkan peranan yang penting untuk HRC apabila pelumba daripada Jerman itu mempunyai dua RC213V pada kali ini.  Bradl keluar dengan mesin Honda berwajah baharu sambil memakai aero yang direka bentuk semula, ekzos baharu, dua casis berbeza dan enjin 2023.  

Masa terbaik Bradl ialah 2:01.605, meletakkannya di tempat keempat pada catatan masa. Beliau juga sangat gigih membangunkan Motor Honda kali ini dengan menunggang paling banyak pusingan iaitu sebanyak 57 laps.

APRILIA

Lorenzo Savadori bersedia untuk memberikan 2023 Aprilia RS-GP yang terbaik. Hari ini adalah hari yang sibuk bagi pelumba Itali itu apabila mempunyai enam motosikal untuk ditunggangi. 

Aprilia memperkenalkan beberapa aero baharu namun kebanyakkannya hanyalah sedikit perbezaan. Hari yang malang buat Aprilia kerana Savadori mengalami masalah teknikal menjelang penghujung hari.

DUCATI

Michele Pirro yang sangat dipercayai Ducati sekali lagi meletakkan Ducati sebagai jentera yang pesat membangun dengan memperkenalkan fairing-fairing terbaharu untuk mengekalkan kejuaraan pasukan tersebut. Pelumba Itali itu bekerja dengan dua GP23 dan mencatat masa pusingan terbaik 2:02.115.

Dengan suhu yang meningkat di Malaysia, ditambah pula dengan beberapa bahagian permukaan trek yang kotor berikutan musim sejuk, catatan masa adalah sekitar tiga saat lebih perlahan daripada apa yang kita lihat pada GP Malaysia 2022.  

Namun, walaupun catatan masa jauh lebih perlahan, ianya tidak menjadi isu apabila ujian ini lebih kepada perkara yang diuji oleh pelumba dan pasukan, bukannya catatan masa pusingan.

Sumber berita dan gambar 📷: MotoGP.com

Comments

Follow Us