Cryptodata RNF MotoGP Team taja pelumba ZK Racing

📷ZK Racing

Red Bull Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan oleh pelapis pelumba muda yang tidak mempunyai pengalaman dalam Grand Prix motosikal sebelum ini. Kelas ini diasaskan pada tahun 2007, dan sejak itu beberapa pelumba baru telah mara ke kejuaraan Moto3 di MotoGP. 

Pada kejohanan edisi kali ini, dua perlumba malaysia akan bersaing di pentas ini iaitu Hakim Danish dan Danial Syahmi. Namun berita baik yang diterima oleh dua pelumba muda ini ialah mereka mendapat penajaan daripada pasukan RNF kepunyaan Dato' Razlan Razali.

ZK Racing sangat teruja untuk mengumumkan pasukan MotoGP CryptoDATA MotoGP Team melalui ketua pasukannya Dato’ Razlan Razali sebagai penaja untuk pelumba Malaysia dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish dan Danial Syahmi. Penajaan ini melibatkan perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah untuk Kejohanan 2023. 

Pusingan 1 bakal bermula hujung minggu ini di Portugal. Dato’ Razlan sentiasa berdedikasi dari permulaan Program Road To MotoGP di Malaysia dan telah memberi sokongan kepada Hakim Danish dan Danial Syahmi sejak awal karier mereka.

Ini adalah antara kata-kata Dato Razlan, Zulfahmi Khairudin dan pelumba-pelumba muda negara.


Dato' Razlan Razali, Pemilik pasukan RNF

"Sebagai warga Malaysia dan pemilik pasukan MotoGP, saya sentiasa bersemangat untuk membantu anak tempatan. Selama 14 tahun, saya berada dalam misi untuk membantu membawa bakat-bakat Malaysia ke Kejuaraan Dunia. 

"Kerjasama dengan ZK Racing bukanlah sekadar kami sebagai salah seorang penaja, tetapi sebagai komitmen peribadi saya kepada pelumba Malaysia. Saya yakin bahawa Hakim Danish dan Danial Syahmi mempunyai potensi untuk bersaing hingga ke MotoGP, dan pemilihan mereka untuk Redbull MotoGP Rookies Cup adalah bukti bakat luar biasa mereka."

Sebagai satu-satunya Ketua Pasukan dari Asia Tenggara dalam MotoGP, saya berasa bangga untuk membantu Hakim dan Danial dan tidak sabar untuk melihat mereka bersinar di pentas dunia!"


Zulfahmi Khairudin, Pengurus Pasukan ZK Racing

 "Menjadi satu tanggungjawab ZK Racing pada mulanya program ini ditubuhkan untuk menjaga prestasi pelumba dan juga mencari penajaan. Saya sangat gembira dengan kolaborasi ini bersama RNF MotoGP Team yang membantu pelumba muda Malaysia berlumba di Red Bull MotoGP Rookies Cup. "

Dengan adanya pasukan Malaysia iaitu RNF MotoGP Team selaku penaja pelumba kita, ianya membuatkan pelumba tidak merasa janggal di dalam Paddock dan berasa seperti di rumah sewaktu perlumbaan di Eropah. Penajaan ini sedikit sebanyak membantu pasukan ZK Racing selain dari mempunyai penaja utama program ini iaitu SIC Racing. Saya berharap pelumba kita dapat tunjukkan prestasi yang cemerlang pada musim ini di Red Bull MotoGP Rookies Cup." 

Hakim Danish

 “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada RNF Racing di atas tajaan ini. Saya amat bersyukur dengan tajaan dari pihak RNF untuk saya buat musim pertama saya beraksi di dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup ini. Saya akan menjanjikan prestasi diri dan kompetitif di dalam setiap perlumbaan dalam musim 2023 ini. Terima kasih RNF."

Danial Syahmi

“Tahun ini merupakan tahun kedua saya berlumba dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup. Saya ingin berterima kasih di atas tajaan dari RNF Racing untuk musim 2023 ini. Penajaan ini sangat membantu perjalanan karier saya di dalam perlumbaan. Saya akan memastikan diri saya kekal berdaya saing di dalam kejuaraan ini dan bersedia memberikan kejayaan di dalam perlumbaan. Sekali lagi, ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan buat RNF di atas tajaan ini."

📷 ZK Racing

Comments

Follow Us