Dr. Miguel tak cakap besar..


'Home soil' buat Dr. Miguel Oliveira pada perlumbaan pembuka tirai hujung minggu ini pastinya memberi sedikit kelebihan buat dirinya.

Jika diimbau kembali, Miguel pernah menang di Portimao dengan jentera KTM dan lebih mengagumkan, beliau berseorangan di hadapan jauh meninggalkan pesaing-pesaing lain. Itu merupakan antara petanda bahwa beliau amat serasi dengan keadaan litar yang digunakan sejak dari muda remaja.
Kelainan untuk kali ini ialah beliau akan beraksi dengan jentera baharu iaitu Aprilia yang dilihat mempunyai prestasi jauh lebih baik ketimbang KTM. Oleh sebab itu terdapat pihak yang meletakkan harapan tinggi untuknya tampil cemerlang pada perlumbaan Ahad ini.

Membalas komentar tersebut, Miguel tidak begitu selesa dengan harapan yang dipinta hanyalah kerana kelebihan berlumba di tempat sendiri. Miguel menegaskan bahawa beliau kini masih lagi dalam proses mengenali jentera Aprilia dan mencari titik had maksimum yang boleh ditanggung oleh mesin tersebut. Maka untuk terus menaiki podium atau menang di Portimao, ia tidak mustahil namun agak kurang realistik.

Comments

Follow Us