Loris Baz sangat marah dan menyifatkan antara terkotor di dunia.


Pada perlumbaan WSBK hujung minggu lalu menyaksikan kecelakaan tertimpa pelumba berpengalaman, Loriz Baz. Diimbas kembali, ia melibatkan Baz dan Alex Lowes di satu selekoh di mana cubaan 'block pass' dilakukan oleh Lowes bagi memintas Baz.
Menurut Baz, kemalangan tersebut terjadi bukanlah sebab tindakan Lowes tersebut. Bagi Baz apa yang dibuat oleh pihak lawannya itu ialah satu gerakan bersih dan ia kebiasaan dalam perlumbaan. Walaubagaimanapun di Litar Mandalika, gerakan tersebut seolah-olah tidak dibenarkan.

Menurut Baz, permukaan Litar Mandalika adalah antara yang terkotor di dunia dan itulah penyebab utama terjadinya kecelakaan yang mengakibatkan kakinya retak dan ligamen rosak. Litar tersebut dibersihkan oleh para pelumba sendiri pada sesi yang dijadualkan bermula dari free practice one. Berikutan hal itu, mustahil keseluruhan litar akan bersih memandangkan para pelumba hanya menggunakan 'racing line' yang sama dan setakat seluas itu kawasan pada litar yang bersih. Sukatannya hanya sekitar 4 kaki lebar sahaja.

Terang Baz secara lanjut, apabila pelumba lain melakukan gerakan untuk memintas maka kedua-dua pelumba mula menggunakan kawasan luar 'racing line'. Apa yg terjadi di perlumbaan lalu, akibat kekotoran permukaan yang digunakan pada ketika itu menyebabkan kemalangan terjadi dek kerana cengkaman tayar tidak berada pada tahap yang sepatutnya.
Dalam postingan Baz, beliau meluahkan kekesalan dan amat marah atas apa yang terjadi dan beliau menyifatkan ia tidak seharusnya berlaku. Beliau menambah pihak litar seharusnya membiarkan perlumbaan lain berlangsung terlebih dahulu dalam tempoh terdekat sebelum kejohanan dunia diadakan.

Comments

Follow Us