Marc Marquez keluhkan penggunaan Aerodinamik masa kini

šŸ“·MotoGP

Pembangunan Aerodinamik dalam MotoGP makin agresif semenjak Ducati memulakan langkah drastik membangunkan aero sejak tahun 2015

Pada ujian pramusim tahun ini, Aprilia memperkenalkan bahagian udara fairing RSGP yang diinspirasikan daripada jentera Formula 1. Ditambah pula winglet tambahan di swingarm dan fork depan. 

Yamaha pula memperkenalkan spoiler dibahagian belakang juga diinspirasikan daripada F1. 

Namun aero mempunyai kesan risiko ketika perlumbaan yang sehingga sekarang menjadi perbualan antara pelumba terutama Marc Marquez. 

Juara 8 kali tersebut menyifatkan perkara ini akan merubah cara tunggangan setiap pelumba. 

Lebih parah, Marc Marquez menyatakan perkara ini tidak bagus untuk pertunjukkan sukan MotoGP. “Untuk prestasi jentera, ya kita makin laju namun untuk pertunjukkan, saya rasa ini bukanlah jalan yang tepat untuk sukan ini. Namun kita harus teruskan kerana inilah yang ada sekarang”

Beliau berpendapat, kini sukar untuk mengikuti pelumba lain kerana Aerodinamik juga dapat mengubah keseimbangan jentera, cara menunggang dan cara membrek di selekoh. 

Dengan jarak membrek kini yang lebih pendek, sukar untuk setiap pelumba untuk berlumba di lintasan. 

Kami Two Wheels berpendapat apa yang disampaikan Marc ini adalah sukar untuk memahami tahap membrek seseorang dan tak boleh agak bilakah seseorang ingin membrek, selekoh dan sebagainya.

Comments

Follow Us