- Get link
- X
- Other Apps
📷Cryptodata RNF MotoGP |
Pasukan CryptoDATA RNF MotoGP, mendesak FIM Stewards untuk mengenakan penalti yang lebih keras dan berat kepada Marc Marquez.
Perlumbaan MotoGP, sama ada perlumbaan Sprint atau utama, kedua duanya adalah dalam berkelajuan dan berintensiti tinggi di mana setiap pelumba mahu menang tanpa mengira risiko.
Walau bagaimanapun, tingkah laku agresif seperti itu selalunya boleh membawa kepada akibat yang teruk, bukan sahaja untuk penunggang itu sendiri tetapi juga untuk pesaing mereka.
Insiden antara Marc Marquez dan Miguel Oliveira baru-baru ini sepatutnya menjadi peringatan untuk pelumba dalam kesemua kategori di MotoGP. Oleh itu, adalah mustahak bagi mereka diingatkan tentang beratnya hukuman bagi sebarang jenis tunganggan melulu dan tidak bertanggungjawab.
Pasukan CryptoDATA RNF MotoGP mengecam tingkah laku sebegitu dan sangat menyokong hukuman yang lebih tegas dikenakan untuk menghalang pesalah pada masa hadapan termasuk penunggang pasukan sendiri.
“Kami menggesa FIM Stewards untuk mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap penunggangan melulu seperti itu, dalam masa yang sama dapat memberikan contoh kepada pelumba yang lebih muda dan akan datang dalam Moto3 dan Moto2”
“Kami percaya bahawa keselamatan adalah keutamaan utama dalam mana-mana sukan, dan MotoGP mesti mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan keselamatan semua penunggangnya. “
“Kami berharap dapat menyokong FIM Stewards dalam usaha berterusan mereka untuk membangunkan persekitaran perlumbaan yang lebih selamat dan bertanggungjawab.” Ungkap pasukan RNF
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment