- Get link
- X
- Other Apps
Yamaha sememangnya kuat di arena MotoGP dan ia tidak dapat disangkal. Keputusan yang diperoleh Fabio Quartarato pada musim lalu menjadi bukti bahawa mereka masih berada di tahap yang terkuat di kalangan semua pesaing.
Selepas penarikan diri oleh Pasukan Suzuki, ini bermakna hanya Yamaha yang menggunakan enjin sebaris manakala pasukan-pasukan lain memilih enjin jenis V. Seperti yang kita ketahui, secara teorinya enjin V mempunyai hemburan kuasa yang lebih tinggi dan begitu juga dengan kelajuan namun kestabilan lebih memihak kepada enjin sebaris.
Menurut Lin Jarvis, mereka kini masih belum berminat untuk menukar jenis enjin mereka kepada V kerana ia perlu melalui proses yang banyak dan akan mengambil masa yang lama untuk betul-betul bersedia. Jika mereka mula beralih sekarang maka paling cepat jentera Yamaha dapat menggunakan enjin V adalah pada Tahun 2027. Ini kerana pihak Yamaha harus bermula dari kosong baik luaran mahupun dalaman yang mana mereka langsung tiada sebarang rujukan dan itu amat berisiko tinggi.
Oleh sebab itu bagi Lin Jarvis, Yamaha akan kekal dengan apa yang sedia ada dan tidak gentar untuk bersaing dengan enjin V yang diguna pakai oleh pihak lawan. Lin percaya kepada kemampuan pihak Yamaha dalam menjadikan M1 terus berdaya saing dan mampu berentap bagi merebut gelaran juara dunia secara terus menerus.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment