Herve bidas kenyataan Pecco. ‘Ini semua Bullsh*t’

📷MotoGP

Bullsh*t!

Demikianlah antara yang diungkapkan kepada media oleh Presiden IRTA dan pemilik Pasukan Tech 3, Herve Poncharal apabila disoal mengenai kenyataan Pecco terhadap saingan jentera kilang dan satelit kini didalam MotoGP.

Bagi Herve, kenyataan Pecco tidak berasas dan mengecewakan beliau serta tiada semangat kesukanan. Herve berpendapat bahawa pasukan satelit dan persendirian kini berusaha sehabis baik untuk lebih kompetatif didalam saingan MotoGP dan layak untuk menang.

“Kemenangan Bezzecchi menunjukkan bahawa jentera satelit juga mampu bersaing untuk merebut kejuaraan MotoGP,” tambah Herve.

"Saya membaca kenyataan seperti itu dan saya sangat terkejut ianya keluar daripada seorang Juara Dunia. Saya sangat menghormati dan mengaguminya, dan dia sentiasa tenang dalam komennya sebelum ini. Perkara itu, saya boleh katakan sembang kerana Pecco Bagnaia sama seperti mana-mana pelumba yang berasal dari Moto3, melalui Moto2, dia tiba di MotoGP dalam Pasukan Bebas yang boleh anda panggil persendirian atau satelit.

“Anda boleh memanggilnya apa sahaja yang anda mahukan, dan dia gembira memiliki jentera yang berprestasi tinggi yang membolehkannya diperhatikan. Kemudian, semasa dia maju dalam kelas MotoGP, dia ditawarkan tunggangan pasukan kilang, yang merupakan impian yang ingin dimiliki oleh setiap pelumba berbakat.”

Pecco juga menyebut prestasi Augusto Fernandez yang mampu dapat P4 padahal prestasi biasa-biasa sahaja  ini membuatkan Herve bertambah bengang  

Adakah Pecco kini merasakan kejuaraan beliau di MotoGP akan tergugat dengan peningkatan pelumba serta jentera satelit di grid? 

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us