Pecco ‘Goyang’ dengan team Satellite?

📷Michelin Motorsports

Umum mengetahui bahawa persaingan pasukan di MotoGP semakin sengit. Mana tidaknya jentera pelanggan (atau dipanggil satellite) hampir sama atau lebih berbanding dengan pasukan utama kilang jentera mereka sendiri. 

Jika kita bandingkan persaingan MotoGP 10 tahun lepas, amat sukar pasukan satellite memenangi perlumbaan dan gap amat besar. Kini, jentera atau pelumba dari pasukan Satellite pun mampu menang dan kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan Marco Bezzecchi. 

Perkara ini menyebabkan Juara Dunia 2022, Francesco Bagnaia menyatakan perlu ada gap antara pasukan kilang dan satellite. Baginya, sangat banyak kemalangan kebelakangan ini kerana jentera sangat dekat antara satu sama lain dianggap tidak selamat dan berbahaya. Baginya untuk memulihkan keadaan ini, perlu ada gap supaya lebih lengang di hadapan. 

https://mediatwowheels.blogspot.com/2023/05/pecco-goyang-dengan-team-satellite.html

Dia juga memetik ketika fantastic 4 dulu (Rossi, Stoner, Lorenzo dan Pedrosa) mereka lebih selamat bersaing kerana tiada gangguan daripada pasukan lain. 

Comments

Follow Us