Acosta bersedia untuk MotoGP


Prestasi Acosta bersama KTM di dalam saingan Moto2 sangat baik untuk musim ini dan kini beliau merasakan dirinya sudah bersedia untuk menjadi pelumba kelas perdana MotoGP. Memandangkan kontrak keempat-empat pelumba dibawah KTM masih berbaki sehingga penghujung musim 2024, kemanakah beliau bakal berhijrah?

Pit Beirer selaku Pengarah Sukan bagi Pasukan KTM menyatakan mereka tidak mempunyai obligasi untuk terus mengekalkan Acosta didalam KTM. Segala keputusan hanya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu pihak Acosta dan KTM. Dengan erti kata lain, penghijrahan Acosta ke pasukan KTM MotoGP hampir tidak mungkin berlaku.

Desas-desus menyatakan Acosta telah menerima dua lamaran dari pasukan gergasi yang lain iaitu Honda dan Ducati. Jika beliau bakal ditempatkan di Honda, peluang untuk menggantikan Joan Mir atau Alex Rins amatlah tinggi manakala jika beliau ingin ke Ducati, pastinya beliau akan ditempatkan di Pasukan Gresini, menggantikan DiGiantonio.

Walaupun terlalu awal untuk membuat keputusan serta meramal perpindahan tersebut namun adakah ianya menjadi agenda peribadi Acosta untuk musim hadapan?

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us