- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
š·MotoGP |
Alex Marquez memilih meninggalkan pasukan Jepun iaitu Honda setelah menjalani masa-masa sulitnya selama dua tahun bersama tim LCR Honda dan tidak dilupakan 1 tahun di Repsol Honda.
Musim lalu, Gresini Racing mengumumkan bahawa Alex Marquez akan menjadi sebahagian daripada pasukan yang bertapak di Itali tersebut bermula tahun 2023.
Sebelumnya, keputusan Alex Marquez tersebut yang berhijrah dari Honda ke Ducati telah difikirkan secara matang. Ia memiliki keinginan kuat untuk pergi dari skuad Honda dan pilihan tersebut cukup tepat karena dengan jentera Desmosedici, pelumba Sepanyol itu mampu tampil lebih baik berbanding dengan Honda.
Beliau menceritakan kepada Motorsport Espana. bahawa rancangannya untuk keluar dari Honda pada tahun lepas sangatlah kuat walaupun ketika itu beliau tidak mempunyai sebarang backup plan atau pasukan yang ingin berlumba pada tahun berikutnya di MotoGP. Beliau tetap komited untuk keluar walaupun jika tiada sebarang pasukan sekali pun
Kini, perkara yang sama mungkin terjadi sekarang pada abangnya iaitu Marc Marquez. juara dunia 8 kali itu kini berada di 'titik terendah' dalam kariernya bersama Honda.
Sebagai adik, Alex tidak mahu mencampuri segala hal tentang masa depan Marc, tetapi ia berpendapat bahawa ada kalanya seseorang pelumba akan merasakan hal yang sama seperti yang dialaminya musim lalu.
“Saya tidak akan mengambil keputusan itu (untuk keluar dari Honda), saya pikir itu adalah sesuatu yang harus dialami oleh setiap pelumba, dia memiliki kontrak, jadi bukan mudah untuk membuat keputusan itu. Saya tidak akan pernah mencadangkan dia untuk memutuskan kontrak." Tambah Alex
"Walaubagaimanapun, dalam keadaan tersebut, anda harus selalu mengikuti insting anda dan melakukan apa yang anda rasakan tepat saat berada dalam keadaan itu, seperti yang saya rasakan tahun lalu," sapa rakan pasukannya, Fabio Di Giannantonio.
Comments
Post a Comment