Assen tanpa Marc?


Pelumba MotoGP bagi Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez turun ke saingan MotoGP di Litar Sachsenring dengan misi untuk mengekalkan gelaran beliau sebagai ‘raja litar’ tersebut namun sebaliknya berlaku. Beliau terjatuh sebanyak 5 kali dalam 3 hari GermanGP berlangsung, memaksa beliau untuk menarik diri dari perlumbaan utama pada hari Ahad.

Dengan rekod kemalangan yang agak tinggi untuk minggu perlumbaan sehingga menyebabkan ibu jari kiri beliau retak, pasti ianya sedikit sebanyak memberi kesan keatas emosi, mengganggu keyakinan beliau terhadap jentera Honda.

Dengan ketiadaan Alex Rins dan Joan Mir untuk meneruskan saingan minggu ini di Assen, tempat mereka akan digantikan oleh Stefan Bradl serta Iker Lecuona agar Honda terus menerus mendapat data-data perlumbaan yang amat diperlukan sekarang namun kini besar kemungkinan juga Marc Marquez tidak akan meneruskan saingan MotoGP di Assen.

Jika betul Marc ingin menarik diri dari Assen dan terus bercuti sehingga pusingan seterusnya di Litar Silverstone Ogos nanti, adakah ianya berdasarkan kecederaan atau tekanan emosi yang beliau alami sekarang? Kita nantikan pusingan Assen hujung minggu ini.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

  1. Die nak menang...lame sgt rehat...ape kan daya takde rezeki.

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow Us