Bastianini pasrah tidak jadi champion musim ini

📷Enea Bastianini


Pelumba Ducati Lenovo, Enea Bastianini kini mengaku telah menyerah dari perebutan gelar juara MotoGP 2023. beliau mengalami nasib buruk di awal musim lantaran mengalami cedera berpanjangan, yang membuatnya terlepas di beberapa pusingan

beliau berkata, beliau belum boleh memanfaatkan potensi yang ada sepenuhnya dan tidak berada dalam kondisi terbaik di atas jentera tersebut.

walaubagaimanapun, beliau tidak bimbang tentang masa depannya, tetapi jelas ianya adalah kekecewaan besar apabila sedar tidak dapat berjuang untuk gelar juara dunia

Bastianini diramalkan bakal bersinar di MotoGP 2023 bersama pasukan kilang Ducati. Namun sayangnya belum sempat buktikan, beliau pula mengalami crash di Portimao yang mengakibatkan patah tulang belikat, hingga harus berehat selama 5 pusingan

Pada saat ini Bastianini hanya fokus untuk penyembuhan tulangnya dan mengikuti SOP yang seharusnya kerana, cedera itu boleh menimbulkan masalah jika tidak dikelola dengan baik.

Kini Bastianini menjalani fisioterapi dan cuba menyembuhkan otot beliau dengan cara terbaik. Beliau berkata getaran dan tenaga besar yang dirasakan di padel ketika kembali ke motor MotoGP amatlah sukar.

Comments

Follow Us