Bridgestone ingin ganti Pirelli di F1

📷 F1

Umum mengetahui bahawa , lebih sedekad jenama Pirelli membekalkan tayar perlumbaan di Formula 1. Namun ketika ini Bridgestone cuba mengembalikan jenama tersebut di dalam sukan tersebut.

Terdapat sumber bahawa Bridgestone telah mengemukakan bidaan mereka untuk menjadi pembekal tayar Formula 1. Sumber tersebut menyatakan bahawa ia dianggap sebagai pilihan yang serius untuk menggantikan Pirelli.

Pelumba telah menggesa Pirelli selama bertahun-tahun untuk menghasilkan tayar yang kurang sensitif terhadap keadaan yang terlalu panas apabila memecut laju ketika memotong.  

Bridgestone telah berikrar dalam  bidaannya bahawa tayar yang akan dihasilkan nanti mampu tahan lebih lama walaupun menggunakan tayar lembut (soft).

2 juara Formula 1 yang dirahsiakan identitinya juga telah menyatakan sokongan terhadap Bridgestone dan Ini adalah dorongan daripada mereka untuk mengembalikan jenama tayar terkemuka itu kembali di dalam Formula 1.

Adakah Bridgestone berjaya memenangi bidaan tersebut dan kembali dalam kancah sukan empat roda terkemuka dunia itu.? Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us