Dari Dunlop Kepada Pirelli


Penggunaan tayar pada jentera Moto2 dan Moto3 adalah berbeza daripada kelas MotoGP. Ini kerana  Dunlop telah menguasai kategori moto2 dan moto3 selama lebih sedekad. 


Namun Kontrak Dunlop dengan Dorna Sports untuk membekalkan tayar dalam kategori itu berakhir penghujung tahun ini. Difahamkan jenama tayar dari Itali iaitu Pirelli akan mengambil alih sebagai pembekal tunggal untuk Moto2 dan Moto3 pada musim 2024 nanti.

Penglibatan Pirelli dalam Kejuaraan Dunia MotoGP akan terhad kepada kelas Moto2 dan Moto3 sahaja buat masa ini. Ini kerana Michelin yang mengambil alih daripada Bridgestone semenjak 2016 mempunyai perjanjian eksklusif dengan MotoGP yang akan tamat pada 2026, sebelum perubahan dalam teknikal termaktub pada peraturan dari 2027. 

Buat masa ini, MotoGP tidak mempunyai rancangan untuk mengembalikan persaingan antara jenama tayar seperti yang berlaku sebelum musim 2009.

Ketibaan Pirelli sebagai pembekal tayar tunggal menandakan salah satu perubahan teknikal terbesar di dalam  kelas Moto3 sejak penubuhannya pada 2012, dan akan menjadi perubahan terbesar pertama Moto2 sejak Triumph mengambil alih sebagai pembekal enjin pada 2019. 

Langkah ini dibuat kerana tempoh Pirelli sebagai pembekal tayar tunggal F1 mungkin terancam, selepas siri itu membuka proses tender untuk musim 2025 dan seterusnya. Proses ini telah berpindah ke fasa seterusnya, dengan Bridgestone bersedia untuk mencabar kontrak itu.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us