Ducati & Aprilia bantah Dorna bantu Yamaha dan Honda

📷Michelin Motorsports

Dewasa ini, MotoGP sangat berubah. Ibarat daya graviti berubah daripada Jepun kepada eropah dalam masa yang sangat singkat. Jentera Jepun yang raksaksa suatu masa dulu kini terkubur dengan pembangunan pesat jentera eropah. 

Fakta, kita tidak boleh menyangkal lagi bahawa daripada tahun 2008 sehingga 2021 kejuaraan dunia dipelopori oleh jentera Jepun.

Hari ini, jentera paling kompetetif adalah Ducati, KTM dan Aprilia. Ramai orang di paddock mula bimbang dengan penurunan jentera jepun sekaligus boleh membimbangkan mereka keluar daripada kejohanan tersebut. 

Seperti diberitahu speedweek, Dorna sudah menyedari perkara ini berlaku dan merancang untuk memberikan konsesi kepada Yamaha dan Honda. 

Namun perkara ini ditolak tegas oleh Aprilia dan Ducati dimana mereka bertungkus lumus sebelum ini untuk mendapatkan prestasi seperti sekarang. 

Yamaha dan Honda masih belum layak untuk mendapat konsesi jadi mereka tidak setuju jika Dorna memberi mereka kelonggaran. 

Bagi yang belum tahu apa itu konsesi, secara umum, konsesi adalah satu akses kepada pasukan untuk mencuba seberapa banyak kali ujian kepada jentera mereka sampai kompetetif melalui podium dan kemenangan. 


Berikut adalah kelebihan konsesi:

    - Mereka boleh guna 9 enjin dalam satu musim berbanding 7 enjin
    - Mereka boleh naik taraf enjin mereka semasa musim berjalan
    - Mereka boleh menguji bila-bila masa dimana-mana litar dengan pelumba MotoGP Mereka
    - Mereka boleh mempunyai 6 wildcard setiap musim berbanding 3

Bilakah Konsensi akan tamat?

    - Kemenangan = 3 mata
    - Tempat kedua = 2 mata
    - Tempat ketiga = 1 mata

Jika pelumba pasukan kilang meraih 6 mata dalam 2 tahun maka mereka akan hilang hak konsesi  

Jadi dalam kes ini memang Ducati dan Aprilia menentang sekeras-kerasnya kelonggaran ini kerana mereka belum struggle dalam masa 2 tahun lagi. Mereka juga dulu bekerja keras untuk mendapatkan hak ini namun takkan Yamaha dan Honda senang-senang je dapat  

Comments

Follow Us