Episod 1: Sejarah Alpinestars

Dalam sesebuah perlumbaan, faktor keselamatan amat penting bagi seseorang pelumba. Ini dapat dilihat dengan penggunaan helmet  (topi keledar) oleh pelumba dan racing suit (pakaian pelumbaan) ketika berlumba. Salah satu antara jenama yang tidak asing  lagi dengan dunia perlumbaan permotoran adalah Alpinestar.

Ditubuhkan pada tahun 1963 oleh Santo Mazzarolo, Alpinestar dinamakan sempena nama bunga Alpine-Edelweiss. Pada peringkat awal ditubuhkan, Alpinestar di kenali sebagai pembekal dan penjual but salji di Itali dan kemudian mereka menghasilkan kasut motorsikal. 

Pada tahun 1990-an, perusahaan Alpinestar berkembang dengan ketara dan mereka mula menghasilkan hampir semua pakaian dan eksesori yang di perlukan oleh penunggang motorsikal.

Kini, Alpinestar adalah salah satu jenama sukan yang mengkhususkan diri mereka dalam  penghasilan barangan motosikal. Alpinestar kini diterajui oleh anak pengasas Alpinestar, Gabriele Mazzaralo. Semestinya Alpinestar telah menjadi jenama kegemaran ramai juara dunia di arena MotoGP dan mereka mengorak langkah baru dengan penghasilan helmet khas bagi kegunaan pelumba MotoGP bermula musim ini.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us