Episod 3 : Fasa Ujian Helmet Alpinestars

 

Sesuatu produk atau kelengkapan baru untuk kegunaan di dalam litar sudah semestinya perlu  melalui fasa-fasa ujian sebelum ianya dapat digunakan dalam sesauatu perlumbaan. Begitu juga dengan kelengkapan dari Alpinestar iaitu topi keledar SUPERTECH R10, ianya juga perlu melalui fasa ujian tersebut.

SUPERTECH R10 yang mana R adalah singkatan untuk ‘roadrace', telah diuji di litar melalui bekas pelumba MotoGP iaitu Andrea Dovizioso. Pada tanggal 6 september tahun lalu, semasa sesi ujian MotoGP di Misano, Dovi dilihat telah menguji topi keledar tersebut. Ini kerana Dovi sememangnya menggunakan kelengkapan dari Alpinestar untuk sesi latihan dan kejohanan motocross yg disertainya. Berkemungkinan dari itu Alpinestar menggunakan khidmat Dovizioso dalam sesi ujian mereka, namun Alpinestar masih merahsiakan keputusan ujian mereka sehingga SUPERTECH R10 diperkenalkan pada umum ketika kempen MotoGP 2023 membuka tirainya Februari ini.

Tidak ketinggalan pelumba-pelumba negara juga dilihat menguji SUPERTECH R10 di litar. Antara pelumba yang menguji SUPERTECH R10 adalah Azroy Hakeem Anuar (sebelum ini menggunakan Arai), Helmi Azman (sebelum ini menggunakan NHK) dari pasukan Boon Siew Honda SS 600 dan pelumba dari TKKR RACING ASB 1000 Azlan Shah Kamaruzaman. Ketika sesi ujian tayar Dunlop di Buriram dapat dilihat pelumba-pelumba ini mengenakan SUPERTECH R10. 

Setakat ini dua pelumba MotoGP yang menggunakan helmet SUPERTECH R10 untuk musim 2023 iaitu Jack Miller dan Jorge Martin.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us