Grid MotoGP kekal menguntungkan Dorna?


Pasti peminat MotoGP inginkan lebih banyak jentera beraksi pada hari perlumbaan di litar-litar seluruh dunia namun pasti ada sebab mengapa ianya kekal kepada 22 jentera setakat ini walaupun beberapa pasukan, terutamanya KTM telah memohon agar Dorna menambah slot grid bermula musim hadapan.

Berbeza dengan perlumbaan kategori Moto2 dan Moto3 dimana Dorna akan memberikan saguhati kepada pelumba serta pasukan yang menamatkan perlumbaan dengan kutipan mata, pelumba dan pasukan kategori perdana MotoGP akan mendapatkan saguhati dengan hanya menamatkan perlumbaan tidak kira dengan kutipan mata ataupun tidak.

Berapakah nilai yang dibayar oleh Dorna kepada setiap pelumba MotoGP kelas perdana? Ianya dianggarkan berjumlah 2.5 juta Euro seorang. Dengan mengekalkan atau mengurangkan jumlah jentera serta pelumba MotoGP di grid, maka Dorna mampu mengekalkan kos perbelanjaan mereka setiap musim. Bijak kan?

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us