- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Remaja kelahiran Malaysia, Hayden Haikal menamatkan pusingan akhir Kejohanan Idemitsu Super Turbo dengan memenangi kejuaraan antarabangsa pertama buat diri beliau serta dinobatkan sebagai juara Kelas Remaja Thailand 2023 (kelas N/A).
Melangkah ke perlumbaan akhir hujung minggu lalu, beliau yang berusia 18 tahun ini mempunyai kelebihan tipis 1 mata dalam kedudukan mata keseluruhan tetapi jelas menunjukkan penguasaannya dalam jentera Toyota Vios bernombor #437 dari Wing Hin Motorsports dengan memenangi 5 daripada keseluruhan 6 perlumbaan sepanjang musim .
Dalam kedua-dua perlumbaan akhir pada Sabtu dan Ahad lalu (17-18 Jun) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Hayden terikat di dalam pertarungan dengan pesaing terdekatnya, Warunyoo Sangla. Beliau perlu menamatkan saingan di hadapan untuk mengukuhkan harapan kejuaraannya dan itulah yang dilakukan Hayden. Warunyoo yang mendahului perlumbaan tetapi menduduki tempat kedua kepada Hayden dalam kedua-dua perlumbaa. Warunyoo menamatkan musim ini dengan ketinggalan tiga mata daripada jumlah 88 mata yang dikumpul Hayden.
“Saya berasa sangat gembira kerana ini (memenangi gelaran keseluruhan di Thailand) adalah salah satu matlamat saya sejak saya mula berlumba di Thailand tahun lepas. Saya berasa sangat lega kerana akhirnya menang, setelah hampir menang tahun lalu dalam Siri Super Eco Thailand,” kata Hayden yang kini menggondol kejuaraan kedua keseluruhan dalam Siri Super Eco Thailand.
“Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan Wing Hin Motorsports yang bekerja keras untuk menyediakan kereta Vios yang memenangi kejuaraan di grid dan mempercayai saya untuk menerajui kempen perlumbaan pertama mereka di Thailand. Ia hebat untuk dapat membalas semua kerja keras mereka dengan memenangi gelaran.” Tambah Hayden.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment