Honda dan Yamaha bakal dapat sinar

šŸ“·MotoGP

Umum mengetahui bahawa, Pengeluar Jepun telah ketinggalan jauh di belakang rakan lawan mereka di Eropah, dengan bekas juara dunia MotoGP Marc Marquez dan Fabio Quartararo bergelut di belakang pelumba di hadapan.

MotoGP sporting Director, Carmelo Ezpeleta memberi ‘hint’ yang serius bahawa beliau akan mengubah dan mengemaskini peraturan sedia ada untuk membantu Honda dan Yamaha. 

“Kami disini bekerja keras untuk membantu, bukan sahaja Honda malah Yamaha juga supaya mereka boleh kompetetif dalam waktu yang lebih cepat.”

“Ia adalah penting kerana Ducati kini berdaya saing dan Suzuki menjadi begitu pantas, begitu juga bagi KTM dan Aprilia secara rasmi memasuki kejuaraan dan berdaya saing.” Tambahnya. 

Dengan perancangan ini beliau yakin bahawa pengeluar lain akan faham keadaan sekarang dan sistem kini perlu dikemaskini  

Memang benar Ducati, Suzuki, KTM dan Aprilia menikmati faedah konsesi, pelbagai kelebihan teknikal untuk membantu pasukan menjadi kompetitif. 

Peraturan yang dibawa pada 2014 memberikan konsesi kepada mana-mana pasukan yang tidak mencapai kemenangan musim sebelum ini, termasuk Ducati.

Apabila mereka sudah kompetetif, syarat ini akan di hentikan.  Dengan perubahan sesi latihan, peluang untuk membangunkan jentera lebih singkat. 

Beliau menambah bahawa beliau bimbang Yamaha dan Honda akan mengikut jejak Suzuki keluar daripada MotoGP. 

Pada masa ini, peraturan menyatakan bahawa pasukan hanya akan menerima konsesi jika mereka bersaing sepanjang musim tanpa podium grand prix.

Namun kini Honda telah memenangi perlumbaan tahun ini, melalui Alex Rins, di COTA.

Tetapi bagaimanakah Ducati dan rakan sekerjanya bertindak balas terhadap cadangan untuk mengubahsuai peraturan untuk membantu saingan mereka? Kita nantikan

Walaupun belum 100% confirm, tetapi kata-kata Ezpeleta jelas membimbangkan pasukan Eropah dan sokogan untuk Jepun.

Comments

Follow Us