Kalau tak hepi, boleh pergi - Puig

📷Visor down

Panas, itulah kata-kata pedas daripada team manager Repsol Honda, Alberto Puig atas keadaan Marc Marquez sekarang ini.

Ini berikutan prestasi Marc Marquez kini semakin menurun akibat sukar untuk mengusai RC213V terbaharu ini. Sepanjang tahun ini, Marc Marquez telah crash lebih daripada 10 kali atas jentera itu.

Tambahan pula pelumba lain seperti rakan pasukan, Joan Mir dan Alex Rins yang turut cedera akibat sukar untuk menguasai jentera tersebut.

Perkara ini diramalkan kerana prestasi jentera RC213V mereka yang kurang stabil ketika ini dan sukar untuk menunggang.

"Marc Marquez masih mempunyai kontrak bersama Honda, tetapi setiap orang bebas melakukan apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka. Honda, tidak ingin mempertahankan mereka yang tidak bahagia dengan kami" Ungkap Alberto Puig apabila ditanya mengenai perkara ini kepadanya

Daripada pernyataan Puig ini jelas kita dapat lihat bahawa Marc Marquez sudah mula tidak selesa untuk bersama Honda.

Comments

Follow Us