- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷GP one |
Tidak seperti di F1, Honda kini mengalami waktu yang sukar untuk MotoGP di musim 2023. Mana tidaknya, sehingga kini iaitu pusingan ke-8 MotoGP, Honda hanya meraih 1 kemenangan iaitu dengan Alex Rins di GP Amerika dan tahukah anda Marc Marquez belum pernah tamatkan race utama musim ini?
Selain itu, Honda bergelut menjalani seri demi seri untuk berjuang di barisan hadapan. Jentera RC213V kini nampak sulit untuk dikendalikan bahkan sampai membuat 3 penunggang Honda, iaitu Marc Marquez, Joan Mir dan juga Rins absen di GP Belanda akibat cedera.
Manager Pasukan Repsol Honda, Alberto Puig mengaku adanya komunikasi yang tidak optimum antara mereka yang berada di Eropah dengan HRC yang berada di Jepun di bahagian department pembangunan motor. Hal tesebut disebabkan oleh jarak yang jauh antara kedua-dua ini.
“Jepun sangat jauh dan krew daripada Jepun yang berada di sini setiap hari untuk mengetahui apa yang sedang terjadi. Namun tidak mudah untuk mereka menyampaikan semua informasi kepada Jepun. Walaubagaimanapun itu bukan lagi tugas kita, itu tugas orang Jepun yang ada di sini untuk cuba menjelaskan situasi sebenar kepada pihak disana." ungkap Puig.
"Pada akhirnya, merekalah yang membuat jentera. Motor biasanya berasal dari kilang iaitu orang-orang yang memiliki banyak pengalaman dalam pembuatan jentera ini."
"Tapi, mungkin, dengan peraturan saat ini, pasukan Jepun kurang agresif dan kurang mengambil risiko dalam pengembangan jentera mereka. Situasi ini memang tidak merugikan mereka tapi kita jelas bakal tertinggal."
"Kami selalu melaporkan dan selalu menjelaskan situasi. Walaubagaimanapun, dalam perlumbaan, tidak peduli bagaimana anda menjelaskan hasil tersebut, semua orang boleh melihatnya. “
“Jadi jika mereka melihat hasilnya, mereka dapat melihat di mana anda berada dan apakah anda perlu meningkatkan atau tidak, atau apakah anda perlu mendengarkan atau tidak. Setiap orang harus memahami perkara ini dengan caranya sendiri." tambahnya lagi.
Sumber penulisan : Xfuera.id
Comments
Post a Comment