KTM Ingin Kuasai MotoGP


Bermula dengan baik bagi musim ini, KTM nampaknya semakin serius untuk mengejar kejuaraan dunia MotoGP dan ternyata ianya mula menampakkan hasil. Dengan membariskan Brad Binder dan Jack Miller di dalam pasukan utama, pasti menggerunkan pesaing lain apabila kerap kali mencipta kejayaan ketika perlumbaan ‘Sprint’ serta dua podium dalam perlumbaan utama.

Berada di kedudukan kedua didalam carta pasukan MotoGP musim ini dibelakang Ducati dengan hanya 4 jentera berbanding 8 jentera Ducati, pastinya prestasi KTM menjadi topik perbualan peminat serta pemerhati MotoGP masa kini.

Dengan perancangan menempatkan Pedro Acosta didalam Pasukan GasGas musim depan bagi menggantikan Pol Espargaro yang bakal meneruskan kontrak bersama KTM sebagai pelumba ujian, KTM kini berusaha untuk menempatkan 5 buah jentera di grid perlumbaan musim hadapan dengan kesemua jentera mempunyai spesifikasi baharu.

Jika ianya menjadi kenyataan, adakah Dorna dan FIM bakal menambahkan slot grid MotoGP musim depan atau ada pasukan satelit musim ini bakal dikecilkan menjadi satu jentera sahaja? Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us