Kumpul Data Sebelum Bercuti - Marc

Pelumba MotoGP Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez setakat ini telah mengesahkan penyertaan beliau di Assen hujung minggu ini. Beliau yang terjatuh sebanyak 5 kali di Sachsenring minggu lepas ingin melupakan peristiwa hitam tersebut dan turun di Assen dengan semangat baru.

Bagi Marc, beliau perlu untuk bersksi di Assen agar dapat mengumpul data-data kritikal yang dapat digunakan untuk penambahbaikan jentera Honda kerana saingan MotoGP akan berehat sehingga pusingan berikutnya pada awal bulan Ogos.

Setakat ini Marc masih belum mengumumkan secara rasmi perancangan masa depan beliau namun desas desus mengaitkan pemergian beliau dari Repsol Honda ke pasukan lain yang lebih kompetatif walaupun kontrak beliau masih berbaki sehingga penghujung musim 2024.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us