Lupakan Honda - Mick Doohan

 

“Honda bukanlah jentera sesuai pada masa sekarang, pasti menarik jika Marc memacu KTM”

Itulah antara yang diungkapkan oleh bekas juara dunia serta lagenda MotoGP, Mick Doohan apabila disoal mengenai prestasi Honda serta Marc Marquez sekarang.

Bagi Doohan, jika Marc ingin mengejar cita-cita untuk menjadi Juara Dunia ke 9 dan seterusnya, beliau perlu berhijrah ke pasukan lain yang mempunyai jentera lebih kompetatif di litar.

Untuk rekod, Doohan bersama Honda sepanjang penglibatan beliau didalam saingan 500cc dan beliau kekal dengan Honda kerana baginya Honda pada ketika itu amat kompetatif.

Pelbagai spekulasi timbul semenjak Marc tidak berjaya memacu jentera Honda ke mercu kejayaan tatkala jentera dari Jepun itu tampak semakin tenggelam dalam saingan MotoGP. Marc yang terjatuh sebanyak 5 kali sepanjang 3 hari GermanGP berlangsung akhirnya menarik diri dari perlumbaan, sejam sebelum ianya bermula. Walaupun Marc nampak kecewa dengan jentera Honda namun beliau masih menaruh harapan pada jentera tersebut untuk membawa beliau ke takhta kejuaraan MotoGP.

Adakah pengumuman yang bakal disampaikan oleh Marc dalam masa terdekat bakal mengubah nasib beliau dalam saingan MotoGP untuk masa hadapan? Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us