Mampukah Marc Kekal Rekod GermanGP?


MotoGP musim 2023 kini bakal memasuki perlumbaan ketujuh iaitu di Litar Sachsenring, Jerman hujung minggu ini. Dari 6 perlumbaan yang berlangsung sebelum ini, Marc hanya dapat menyertai 3 perlumbaan iaitu di Portugal, Perancis dan Itali tetapi malangnya beliau tidak dapat menamatkan ketiga-tiga perlumbaan tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, Marc mempunyai rekod yang sangat baik di Litar Sachsenring dimana beliau memenangi kesemua 11 perlumbaan yang disertai beliau namun dengan prestasi jentera Honda yang semakin merudum serta kegagalan beliau untuk mengutip sebarang mata setakat ini bagi musim 2023, adakah beliau akan terus bergelar ‘King Of Sachsenring’ hujung minggu ini?

Semestinya misi peribadi beliau untuk terus kekal ‘raja litar’ Sachsenring dan dengan kemenangan ini juga ianya bakal mengembalikan semangat Pasukan Repsol Honda. Adakah beliau mampu mengulanginya? Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us