Mandalika bakal hentikan penganjuran WorldSBK


Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika memulakan pembinaan pada tahun 2019 dan dibuka secara rasmi pada tahun 2021 dengan penganjuran Kejohanan WorldSBK dan Asia Talent Cup seterusnya menjadi tuan rumah kepada MotoGP pada tahun 2022.

Semenjak ia dibuka, Litar Mandalika tidak asing dari kritikan pelbagai pihak termasuk rakyat Indonesia sendiri diatas faktor kedudukan litar yang jauh dari populasi sukan permotoran serta kos yang tinggi jika ingin menghadirkan diri ke Mandalika jika acara sukan permotoran dianjurkan.

Ekoran dari sambutan yang agak hambar ketika penganjuran WorldSBK dan MotoGP, pihak litar mengalami kerugian sehingga berjuta ringgit iaitu lebih kurang 100 bilion rupiah ketika penganjuran WorldSBK dan 50 bilion rupiah ketika penganjuran MotoGP.

Dengan hutang yang makin bertambah dari hari ke hari maka pihak litar kini sedang membincangkan kebarangkalian untuk menghentikan penganjuran WorldSBK pada masa hadapan agar dapat mengurangkan kerugian yang bakal ditampung kelak.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us