Marc Agak Risau


Pasti ramai dikalangan kita masih tertanya-tanya mengapa Marc Marquez menarik diri dari perlumbaan di Sachsenring tempohari. Pelbagai spekulasi timbul namun akhirnya Marc mendedahkan permasalahan yang beliau hadapi di dalam sesi temubual bersama media semalam.

Pemeriksaan lanjut dilakukan di pusat perubatan litar selepas beliau terjatuh kali ke 5 di litar Sachsenring mendapati ibu jari kiri beliau mengalami keretakan namun beliau disahkan cergas selepas ujian dilakukan. Marc yang bersedia untuk meneruskan perlumbaan petang tersebut menarik diri sejam sebelum perlumbaan apabila kesakitan pada bahagian dada beliau tidak berkurang, menyebabkan beliau kurang selesa untuk menunggang.

Hasil pemeriksaan susulan di pusat kesihatan luar, Marc disahkan mengalami keretakan halus pada tulang rusuk beliau. Walaupun kecederaan yang beliau alami tidak sampai seminggu, kini beliau akan meneruskan saingan di Assen dan semestinya beliau agak gusar dengan keadaan beliau sekarang namun kehadiran beliau dilitar menjadi keutamaan beliau agar dan membantu pembangunan Honda untuk menghadapi baki musim 2023.

Teruskan bersama Two Wheels..! 

Comments

Follow Us