Morbidelli dan Ducati

 

Prestasi jentera dari Jepun terutamanya Yamaha semakin merudum didalam saingan MotoGP musim ini. Resepi demi resepi yang dicuba oleh Yamaha tidak menampakkan hasil yang positif ketika perlumbaan berlangsung. Nama Fabio dan Morbidelli semakin tenggelam didasar carta, bagaikan layang-layang terputus talinya.

Kini Morbidelli semakin berani menyatakan pendirian beliau terhadap Yamaha dan gambaran beliau untuk berpisah dengan Yamaha musim hadapan semakin nyata. Kemanakah beliau akan berhijrah musim hadapan?

Seperti gosip yang digembar-gemburkan sebelum ini, penghijrahan beliau pasti disokong oleh VR46, selaku tulang belakang akademi pasti tidak ingin melihat anak didiknya terkapai di arena MotoGP. Dengan desas-desus penghijrahan Jorge Martin ke Pasukan Monster Yamaha dan Bezzecchi menggantikan tempat beliau di Pramac, kebarangkalian untuk Morbidelli menunggang Ducati didalam Pasukan Mooney VR46 semakin menjadi kenyataan.

Adakah perpindahan Jorge Martin yang sangat menagihkan kerusi pasukan kilang di Yamaha menjadi keputusan yang tepat? Sudikan VR46 melepaskan Bezzecchi ke Pasukan Pramac demi kemasukan Morbidelli ke Mooney VR46? Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us