Nolan, Helmet Angkasawan

Helmet Nolan rasmi dilancarkan di Malaysia Sabtu lalu bersama Kanekawa Sdn Bhd, iaitu pengedar rasmi Nolan Helmet di Malaysia. 

Kami pihak Two Wheels dijemput untuk hadir ke Pelancaran Viaggio Italiano ini yang telah dianjurkan secara rasmi oleh Nolan Malaysia. Acara ini juga bertujuan untuk memperkenalkan penawaran topi keledar terbaharu mereka ke pasaran Malaysia.

Jom kita baca titik permulaan Helmet Nolan ini terjadi.

Nolan telah diasaskan pada tahun 1972 oleh Lander Nocchi dan iaitu salah satu orang kuat dalam penghasilan barangan motosikal dan kereta ketika itu. Beliau hadir ke salah satu acara angkasawan iaitu "Misi Apollo".

Diinspirasikan oleh acara tersebut, Nocchi mendapati potensi material yang digunakan oleh helmet angkasawan iaitu polikarbonat boleh di adaptasikan di helmet keselamatan motosikal. Dari sini, beliau menghasilkan topi keledar motosikal yang menggunakan bahan mentah daripada polikarbonat, seterusnya beliau mengembangkan industri tersebut.

Pelbagai jenis topi keledar diperkenalkan termasuk Siri X-Lite dan Siri Nolan. Selain itu, topi keledar Nolan boleh didapati dalam pelbagai saiz yang komprehensif untuk memastikan kesesuaian yang selesa untuk semua penunggang, memenuhi keperluan penunggang daripada saiz S hingga XL. Lebih penting lagi, setiap rangkaian Helmet Nolan dilengkapi dengan perlindungan waranti selama 5 tahun.


5 Fakta tentang Helmet Nolan

1. Kesemua part pada Helmet Nolan 100% di kilangkan di satu tempat yang sama walaupun skru

2. ujian helmet 5000 kali setahun

3. Material Lexan Polycarbonate ini 30 kali lebih kuat dan lebih ringan berbanding Polycarbonate biasa

4. Visor yang sama digunakan oleh helmet angkasawan.

5. Model X-lite diperbuat daripada Ultra Carbon iaitu 2 kali ganda lebih kuat daripada carbon biasa.

Tonton juga pelancaran Helmet Nolan seperti model pakaian 



Berikut adalah senarai model yang diperkenalkan berserta harga.

N21 Mini Jet Helmet
RM 629 (Plain) & RM 689 (Graphic).


N40-5 Jet Helmet
RM949 (Plain) & RM 1099 (Graphic)



N60-6 Full Face with Inner Visor Helmet
RM 749 (Plain), RM 989 (Graphic), RM 1049 (Replica).


N80-8 Advanced Full Face with Inner Visor Helmet
RM949 (Plain), RM 1199 (Graphic).


N90-3 Modular Helmet
RM 1199 (Plain), RM1399 (Graphic).


N70-2X System Helmet
RM 1399 (Plain) , RM 1599 (Graphic).

X-803 RS
RM2499 (Plain), RM 2749 (Graphic), RM 2989 (Replica). 


 
Anda boleh ke laman sesawang https://bit.ly/nolanhelmetmyAD atau follow laman sosial mereka Facebook dan Instagram untuk melihat lebih detail model-model yang dilancarkan



Comments

Follow Us