Pelumba Negara fit to race untuk DutchGP

📷MT Helmet MSI

Syarifuddin Azman atau mesra di panggil Damok rasmi disahkan cergas untuk berlumba minggu ini di Assen. Beliau sebelum ini yang masih dalam pemulihan kini mempunyai fizikal yang agak baik dan akan hadir di litar untuk membuat pemeriksaan sama ada beliau dapat beraksi minggu ini atau tidak.

Namun selepas beberapa ujian kecergasan, Damok kini disahkan cergas untuk berlumba disini. Ini merupakan pusingan ke-8 buat MotoGP World Championship dan pusingan ke-5 untuk Red Bull MotoGP Rookies Cup. 

Di saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup juga kita akan dapat menyaksikan aksi daripada 2 lagi pelumba Negara iaitu Hakim Danish dan juga Danial Syahmi. Semoga berjaya semua!

Comments

Follow Us