Penambahbaikan Baharu KTM dan Aprilia di Assen


Ducati merupakan pasukan yang sentiasa menjadi pelopor kepada teknologi-teknologi baharu didalam saingan MotoGP dan semenjak kebelakangan ini, ianya membawa hasil yang sangat positif.

Tidak ingin terus ketinggalan kebelakang, KTM dan Aprilia sentiasa menambahbaik jentera mereka dari masa ke semasa agar terus kompetatif di litar. Terkini, KTM bakal menggunakan pakej aero terbaru agar jentera mereka lebih stabil di litar dan tidak kehilangan momentum ketika di selekoh.

Aprilia pula bakal mengenakan ‘rear height device’ baharu agar jentera mereka lebih stabil di laluan lurus dan ketika di selekoh. Tahap reliabiliti jentera Aprilia di litar juga menjadi objektif utama pasukan agar dapat menghindarkan isu ‘DNF’ pelumba mereka seperti yang berlaku kepada Maverick Vinales ketika saingan di Sachsenring hujung minggu lepas.

Bagaimana dengan Honda serta Yamaha? Setakat ini tiada maklumat yang didedahkan oleh kedua-dua pasukan samada turun ke Assen bersama peningkatan baharu pada jentera atau tidak.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us