- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷Awani |
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki menunggang motosikal melawan arus di flyover Lebuhraya baharu Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut penunggang Ducati, tampil serah diri di Balai Trafik Kajang
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, suspek merupakan peniaga makanan berusia 41 tahun yang menetap di Kajang.
"Siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Ampang ke Kajang untuk pulang tapi telah tersesat dan buat keputusan untuk memasuki jejambat Lebuhraya SUKE dengan melawan arus sehingga berlakunya kemalangan
"Akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh dari motosikalnya dan namun selepas kemalangan terbabit suspek terus sambung perjalanan pulang ke rumah.
"Suspek hanya mengetahui kes berlaku setelah menonton berita di televisyen dan hebahan di media sosial," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Selain itu, suspek turut membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.
Mohd Azam berkata, pemeriksaan terhadapi suspek mendapati dia mengalami kecederaan patah di bahagian bahu kanan, patah jari kelingking, luka di bahu kiri dan kaki kanan akibat kemalangan.
"Sehubungan itu, pihak polis merampas motosikal jenis Yamaha dan beberapa barang kes lain.
"Sebanyak enam rakaman percakapan saksi termasuk suspek telah direkodkan dan kedua buah motosikal terlibat akan dihantar ke Puspakom dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Tangkapan, bagaimanapun, kata Mohd Azam, tidak dibuat memandangkan kondisi suspek dalam keadaan cedera parah dan sukar bergerak.
Prosedur lanjut, ujar beliau, akan diambil setelah keadaan suspek kembali stabil
Pada Rabu lalu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale, maut selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE berhampiran Ulu Kelang.
Dalam kejadian sekitar jam 1.05 tengah hari itu, motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mangsa sedang melalui satu laluan berselekoh sebelum secara tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam keadaan melawan arus .
Sumber Asal: Astro Awani
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment