- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
KTM kini mula mempunyai kedudukan teguh dan sentiasa mendapat perhatian para pelumba di ketiga-tiga kategori dalam arena MotoGP.
Dua pelumba mereka yang kini bersaing di kategori Moto3, Deniz Oncu dan Daniel Holgado mula mendekati pihak atasan pasukan KTM bagi mendapatkan tempat di kategori Moto2.
Dengan khabar yang kuat berkenaan kontrak Albert Arenas tidak akan disambung dan Pedro Acosta pula akan berpindah ke kejohanan utama MotoGP maka kerusi kosong tersedia luas buat sesiapa sahaja.
Usaha untuk membawa Deniz ke Moto2 giat dilakukan oleh pelumba lagenda wssp dari Turki iaitu Kenan Sofuoglu. Sama-sama kita nantikan siapakah yang akan berjaya berhijrah. Kebarangkalian juga boleh berlaku di mana kedua-duanya memacu jentera Moto2 tahun hadapan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment