Peringatan buat Jack Miller.


Semalam ketika jentera Johan Zarco mengalami masalah, telah datang Jack Miller menghulurkan bantuan. Zarco dilihat membonceng Jack untuk kembali ke pit dan ia dirakam oleh kamera MotoGP.
Selepas kembali mereka di pit, tidak semena-mena Jack diberi amaran supaya tidak mengulangi hal tersebut lagi. Tidak pula dinyatakan atas sebab apa namun ia seolah-olah satu perlanggaran peraturan di MotoGP.

Perkara ini bukanlah baru dan kita seringkali melihat ia berlaku di mana pelumba membonceng pelumba lain untuk kembali ke pit dan ia tiada masalah berbangkit. Walaubagaimanapun untuk kali ini ia dilihat berbeza dan mungkin ini menjadi peraturan baharu dalam MotoGP.

Comments

Follow Us