Quartararo jatuh tersungkur ketika jogging di Amsterdam

šŸ“·YamahaMotogp


Khabar kurang baik dari kem Yamaha apabila pelumba mereka, Fabio Quartararo mengalami cedera ketika sedang jogging di sekitar Amsterdam.


Beliau menyatakan kaki beliau terpeleot dan jatuh tersungkur sendirian ketika berlatih. El Diablo mengalami cedera pada engkel dan ibu jari kaki kirinya. Walaupun cedera, beliau berkata kecederaan tersebut tidak begitu menggangu beliau untuk tampil di salah satu litar kegemarannya serta litar yang bersahabat dengan Yamaha.

"Saya terjatuh ketika berlari. pergelangan kaki dan ibu jarinya terpeleot. semoga tidak ada yang serius itu benar benar nasib malang, saya jatuh tersungkur. Berlari di Amsterdam itu berbahaya. haha" ungkap Quartararo.

Walaupun santai, beliau berharap perkara itu tidak menganggu beliau dan beliau berfikir untuk minum ubat tahan sakit kerana luka yang terkena tersebut tepat di bahagian penukaran gear jentera dimana tempat itu diberikan beban pada kaki untuk mengubah arah kedudukan kaki ketika selekoh. 

Beliau berkata kali ini mungkin kecederaan ini membuatkan beliau akan penat tapi tidak kisah kerana itu adalah pekerjaanya.

Comments

Follow Us