Tebus Kontrak Marc?


Tempoh kontrak Marc Marquez bersama pasukan beliau, Repsol Honda hanya akan berakhir pada penghujung musim 2024, kira-kira setahun setengah lagi namun kini timbul spekulasi hangat yang mengatakan beliau akan berpisah dari Honda menjelang penghujung musim ini.

Jika betul Marc ingin menamatkan kontrak lebih awal, beliau pasti akan dikenakan penalti jika kedua-dua belah pihak tidak mendapat kata sepakat didalam penamatan kontrak tersebut. Diberitakan oleh Diego Lacave, nilai yang perlu dibayar oleh Marc kepada Honda untuk menamatkan kontrak lebih awal adalah 10 juta euro atau RM51 juta.

Ianya merupakan satu nilai yang agak tinggi namun jika dibandingkan dengan nilai kontrak setahun bersama Honda iaitu lebih kurang 12.5 juta euro serta tajaan-tajaan lain yang diterima Marc, tidak mustahil untuk beliau melunaskan bayaran tersebut. Apapun khabar angin yang di berlegar di dunia MotoGP sekarang, hanya Marc dan Honda sahaja dapat menentukan nasib kerjasama mereka pada masa hadapan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us