2 pelumba MotoGP eSports Malaysia berjaya melepasi kelayakan MotoGP Pro Draft!

📷Redbull

Peringkat pemilihan MotoGP Esports iaitu ‘Pro Draft’ telah melabuhkan tirainya pada 3 hari yang lalu iaitu 17 Julai 2023 yang lalu menyaksikan cabaran menggunakan Jack Miller di litar Austria. 

Kini, ketiga-tiga cabaran telah tamat dan MotoGP bakal memilih 15 pelumba eropah + 7 pelumba selain eropah di dunia (the rest of the world) ke peringkat Global Series. 

Pelumba Malaysia, Eiky dan Khairi Haziq telah terpilih ke peringkat Global Series menyaksikan masing-masing mengumpul mata sebanyak 65 mata (Eiky) di tempat ke 2 dan 61 mata (Khairi Haziq) dalam kedudukan keseluruhan the rest of the world. 

📷MotoGP Esports

Acara seterusnya iaitu perlumbaan online bakal diadakan pada 25 Ogos nanti iitu di litar Mugello Itali yang menentukan mereka untuk ke peringkat seterusnya. Tahniah buat Eiky dan Khairi kerana berjaya meraih Top 4 terbaik the rest of the world!

Kini persiapan yang mapan bakal dibuat oleh kedua-dua pelumba Malaysia ini dibawah kelolaan MEM iaitu badan kelab rasmi MotoGP Esports Malaysia untuk mengharungi cabaran seterusnya.

Mereka kini akan disaring oleh pasukan-pasukan MotoGP bagi mendapatkan tempat ke siri global. Doakan kejayaan bagi kedua-dua pelumba Malaysia yang berjaya untuk melepasi peringkat kelayakan.

Anda berminat untuk tahu bagaimana step by step format MotoGP Esports ini? Nantikan artikel seterusnya tentang lebih mendalam bagaimana acara ini berlangsung!

Comments

Follow Us