24 Perlumbaan Dalam 1 Musim


Rekod baru tercipta apabila F1 menganjurkan 24 perlumbaan bagi musim 2024 pada Rabu lalu. 

Ini merupakan kalendar paling panjang dalam sejarah F1 jika tiada perlumbaan yang dibatalkan. 

Bahrain akan menjadi tuan rumah sulung pada 2 Mac dan akan bersambung di litar jalanan Jeddah pada minggu berikutnya. 

Bagi memberi laluan kepada bulan Ramadan yang akan bermula pada 10 Mac, 2 Grand Prix diawalkan 24 jam dan perlumbaan akan diadakan pada Sabtu. 

Walaupun Ramadan bermula selepas GP Arab Saudi, GP Bahrain perlu diadakan pada Sabtu bagi melancarkan pengangkutan logisitik. 

Secara tradisinya GP Jepun diadakan pada bulan September atau Ogos namun beralih ke bulan April pada musim hadapan. 

Tahun 2024 juga menyaksikan litar Shanghai kembali dalam kalendar F1. Pada kali terakhir GP China menganjurkan perlumbaan F1 ialah pada tahun 2019.

GP Belgium sekali lagi menjadi lokasi penutup bagi separuh masa pertama musim 2024 iaitu pada 28 Julai sebelum F1 kembali daripada cuti musim panas di GP Belanda pada 25 Julai. 

Dan akhir sekali, GP Dubai akan menganjurkan tradisi finale pada 8 Disember. 

Teruskan Bersama Two Wheels..! 

#TwoWheels #TWmedia #FourWheels #TWinfo #Mgpm 🇲🇾 #F1 #f1calendar #2024

Comments

Follow Us