5 orang Ducati yang 'diambil' oleh KTM

📷KTM /MotoGP

Ducati Sporting Director, Paolo Ciabatti tabik dengan KTM kerana mereka mampu menjadi satu-satunya pengeluar yng mampu memberi persaingan kepada Ducati setakat ini. 

Dalam masa yang sama, beliau juga yakin prestasi garang KTM ini tidak lepas daripada berkat orang-orang handalan dan tunjang utama bekas Ducati. 

Dalam sesi temuramah beraama MotoGP.com, beliau diminta untuk memberi markah kepada prestasi pelumba dan kru setakat ini. Beliau memberi nilai 9.5 per 10

“Saya tidak suka memberi nilai 10 jadi 9.5 adalah minimum. Kami sangat berpuas hati kerana memimpin kedudukan ranking dengan Pecco dan ada 3 pelumba lain iaitu Martin, Bezzecchi dan Zarco.”

“Keputusan terbaik kami terjadi di Sachsenring ada 5 pelumba Ducati teratas dan itu tidak pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah Ducati”.  ungkapnya

Dalam pada itu beliau juga memberi komen tentang prestasi KTM. Menurut beliau, lonjakan utama prestasi KTM sekarang ini tidak terlepas daripada berkat orang handalan Ducati yang diambil oleh KTM.

Selain Miller, 2 jurutera yang sempat bekerja di Ducati masing-masing selama 17 dan 21 tahun iaitu Fabiano Sterlacchini dan Cristian Pupulin. Ada juga jurutera muda Alberto Giribuola yang juga bekas Crew Chief Andrea Dovizioso serta bekas Manager Pramac Racing, Francesco Guidotti.

Francesco Guidotti dan Jack Miller di Pramac Racing

“Kami tahu KTM telah melakukan pekerjaan yang sangat baik. Tapi pada dasarnya beberapa bekas jurutera kami kini bekerja untuk KTM dan saya rasa kita dapat lihat hasilnya” tutup Ciabatti



Comments

Follow Us