7 pelumba aktif MotoGP yang hadir di Goodwood Festival of Speed 2023

đź“·Tsuhardday Lockey

Setiap tahun, pasti kota akan dapat menyaksikan acara gilang gemilang permotoran iaitu Goodwood Festival of Speed yang berlangsung di UK. 

Program ini adalah festival permotoran tahunan yang terkenal mempamerkan jentera perlumbaan yang bersejarah dan baharu oleh pengeluar, pasukan yang mempamerkan jentera mereka dalam satu jalan sahaja sehingga ke garisan penamat. 

Tidak dilupakan juga pengeluar kereta kayangan yang mengambil kesempatan acara ini untuk mempamerkan kereta atau motosikal terbaharu mereka disana.

Tahun lepas, kita dapat saksikan pelumba lagenda MotoGP iaitu Pedrosa membuat kemunculan bersama pelumba lagenda lain antaraanya Kenny Roberts, Wayne Rainey, Mick Doohan, dan Kevin Schwantz.  

Tahun ini, berkat acara MotoGP Silverstone yang akan berlangsung tidak lama lagi disana, lebih ramai penglibatan pelumba MotoGP yang masih aktif berlumba untuk musim 2023 memeriahkan acara tersebut. 

Acara tersebut kini sedang berlangsung pada minggu ini sehingga Ahad nanti (16/7/23)

Berikut adalah senarai pelumba yang  hadir dalam acara ini untuk 2023(7 daripadanya adalah pelumba MotoGP yang masih aktif dalam saingan MotoGP 2023): 

Ducati Lenovo:
- Francesco Bagnaia (Sabtu dan Ahad)
- Enea Bastianini (Sabtu dan Ahad)
- Michele Pirro (Khamis dan Jumaat)

KTM/GASGAS:
- Mika Kallio (Khamis dan Jumaat)
- Brad Binder (Sabtu dan Ahad)
- Pol Espargaro (Khamis dan Jumaat)
- Augusto Fernandez (Sabtu dan Ahad)

RNF/Aprilia:
- Lorenzo Savadori (Khamis dan Jumaat)
- Miguel Oliveira (Sabtu)
- Raul Fernandez (Ahad)

LCR Honda
Alex Rins masih dalam pemulihan jadi beliau tidak akan dapat hadir pada acara tersebut. Namun pasukan LCR Honda bakal menurunkan pelumba lain yang tahu menunggang jentera tersebut. 

MotoGP Legends:
- Giacomo Agostini
- Mick Doohan
- Freddie Spencer
- Casey Stoner
- Kevin Schwantz
- Wayne Gardner
- Kenny Roberts Jr
- Alex Crivillé
- Randy Mamola







Comments

Follow Us