- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷Michelin Motorsports |
Musim sudah tiba cuti musim panas dan waktu inilah kita akan dapat lihat bursa perpindahan kini kian bermula.
Namun seperti artikel sebelum ini, kami menjangkakan tidak banyak perubahan ketara yang akan berlaku kerana kebanyakkan pelumba sudah mempunyai kontrak sehingga 2024.
Gossip bertiup kencang di Paddock MotoGP ketika ini iaitu Alex Rins sudah menandatangani Kontrak bersama Yamaha. Perkara ini juga dibual oleh pemerhati MotoGP, Carlo Pernat yang menyatakan Rins boleh bergandingan dengan pelumba Perancis, Fabio Quartararo
Ini berkait rapat dengan pengalaman Alex Rins dalam mengawal jentera inline 4 selama 4 tahun bersama Suzuki sebelum ini jadi amat relevan jika Yamaha perlukan pelumba yang memahami karekter jentera mereka.
Semalam, di Podcast MSGP, pengacaranya juga seorang pemerhati MotoGP, Matteo, juga memberitahu penonton bahawa hampir 99% berita ini sahih.
Amat sukar untuk kita hadam gossip ini kerana Rins Mempunyai Kontrak bersama LCR Honda selama 2 tahun iaitu sehingga 2024.
Walaupun mempunyai kontrak, beliau juga boleh mengambil keputusan untuk berpisah setelah setahun, baik diusulkan oleh Rins maupun dari LCR, ikut persetujuan dua pihak.
Dengan keadaan Honda sekarang ini amat parah dan jika Rins dahagakan seat Factory, Yamaha pilihan terbaik setakat ini dan dalam masa yang sama Yamaha boleh gunakan pengalaman Rins untuk mengembangkan jentera kelak.
Comments
Post a Comment