- Get link
- X
- Other Apps
Lama kita tidak melihat kelibat pelumba MotoGP dari Itali ini setelah digantung penyertaan dalam perlumbaan motorsikal akibat isu 'doping'.
Ianone dilihat dalam tempoh 4 tahun ini beliau kekal aktif di litar menjalani latihan kendiri supaya momentumnya tidak jatuh. Pada masa sama kita juga sering lihat kelibatnya di minggu perlumbaan MotoGP dan dipercayai itu merupakan usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan pasukan-pasukan yang ada sambil mengintai peluang untuk kembali.
Namun apa yang didengar, nama beliau dikaitkan dengan dunia superbike dan bukan MotoGP. Kemungkinan ia begitu sukar utuk kembali ke MotoGP kerana lambakan bakat yang sedia ada di sana. Walaubagaimanapun Ianone tidak berputus asa dan sanggup untuk bersaing di wsbk.
Pihak Ducati menyokong kehadiran Ianone di wsbk namun tempat di pasukan utama sudah tentu mustahil buatnya. Pilihan lain yang ada hanyalah pasukan satelit akan tetapi belum dinyatakan pasukan manakah yang bakal disertai. Pun begitu buat masa sekarang boleh dikatakan Ianone bakal berlumba di wsbk pada tahun hdapan dengan memacu jentera Ducati.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment