Art Of Speed Malaysia 2023 - Raikan Beza Mu


Dengan sambutan yang luar biasa dari pengunjung pada tahun 2022, Art of Speed kembali untuk tahun 2023, menjanjikan pameran yang lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya. 

Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia mengambil tempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bermula esok, 29 Julai hingga 30 Julai 2023 dari jam 10 pagi sehingga 7 petang. Ruang tertutup seluas 452,084 kaki persegiruang luar seluas 8.6 ekar mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung.




Pelbagai pameran khas akan berlangsung bersama Art Of Speed Malaysia 2023 termasuk Hot Wheels Collector Convention, Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally“, Hot Wheels Legends Tour, penampilan VANS dengan kasut edisi khas dan banyak lagi.

Untuk menamatkan acara pada hari Ahad, seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan SATU (1) Toyota Celica 1979 yang di kustom sepenuhnya oleh Art of Speed ​​Malaysia (AOSM).

Pas hujung minggu AOS 2023 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. AOS 2023 akan menjual pas Speed Lane, yang dibuka sejam lebih awal pada jam 9:00 pagi; berharga RM60.00 sah untuk kedua-dua hari. 

Pengunjung juga berhak menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama A, B, C dan D. Dewan dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam pada kedua-dua hari. Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass sudah tersedia atas talian pada harga RM135.00. Pentas di dalam Hall A akan mempersembahkan kugiran muzik daripada Dato Maw, Hip Hop Decontrol, Balan Kash, Arunboii, One Buck Short, Loko, Bayangan, Kapten Oi!, Dead Mushroom and Blues Gang.

Art of Speed ​​juga akan memberikan motorsikal Honda e-DAX kepada satu (1) pembeli tiket dalam talian bertuah, terpakai untuk kedua-dua tiket AOS dan SCF. Tiket AOS dan SCF boleh dibeli melalui laman web rasmi www.artofspeedmy.com

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us