Aston Martin mempunyai penaja baru di Silverstone.


Aston Martin telah memperkenalkan livery khas menjelang Grand Prix British.

Jentera AM berwajah baru bagi meraikan kerjasama dengan Valvoline Global sebuah syarikat pelincir minyak yang bertapak di England.


Logo Valvoline bakal dicetak pada sayap hadapan, muncung jentera, penutup enjin termasuk di bahagian ruang rehat kepala pelumba.


Aston Martin dan Valvoline akan bekerjasama rapat untuk membangunkan produk yang akan meningkatkan prestasi pasukan F1 selain membantu mendorong kemampanan untuk kedua-dua pihak.

Teruskan Bersama Two Wheels..! 

#TwoWheels #TWmedia #FourWheels #TWinfo #Mgpm 🇲🇾 #F1 #astonmartinf1 #valvoline

Comments

Follow Us