- Get link
- X
- Other Apps
Pelumba sensasi Moto3 yang diramal bakal bersaing bagi merebut gelaran juara dunia tahun ini, Ayumu Sasaki telah bersedia untuk naik ke kelas Moto2 pada tahun hadapan.
Desas desus yang tersebar sekarang ialah pihak pengurusannya sudah berjumpa dengan sebuah pasukan terbaik di Moto2 iaitu KTM Ajo. Seperti yang diketahui, KTM Ajo Moto2 pada musim hadapan akan kekosongan buat kedua-dua tempat kerana Pedro Acosta bakal ke kelas perdana manakala Albert Arenas tidak disambung kontrak.
Ayumu boleh dikatakan seorang super senior untuk kategori Moto3 kerana beliau bersaing bermula pada Tahun 2016 lagi dengan memacu jentera Honda.
Pelumba Jepun ini sebenarnya sudah mempunyai hubungan baik dengan pihak KTM kerana beliau pada Tahun 2020 dan 2021 telah bersama Pasukan Tech3 KTM. Maka untuk tahun hadapan mungkin hubungan mereka akan kembali bertaut.
Comments
Post a Comment