- Get link
- X
- Other Apps
📷Ducati Corse |
“Musim akan kembali bermula di Silverstone, saya targetkan podium”
Itulah ungkapan daripada Enea Bastianini yang kini masih bergelut mendapat rentak seperti musim lepas akibat cedera.
Selepas mendapat top 10 di pusingan Assen, Bastianini lebih yakin untuk mendapatkan target tersebut. Beliau yang jauh ketinggalan di belakang mengejar satu per satu seperti dahulu sehingga top 10 sebelum DNF.
Beliau mengakui merindui suasana tersebut setelah sekian lama bergelut dan tidak mampu menunjukkan taring sebenarnya
Kini beliau menunjukkan sedikit hasil positif bersama Ducati Kilang sejak beliau kembali.
Bermula dari Mugello dan Sachsenring, Enea menunjukkan peningkatan dan kali ini beliau menyasarkan untuk mendekati kumpulan 5 teratas terlebih dahulu.
Bastianini mengaku sehingga sekarang, beliau masih beradaptasi dengan pasukan Lenovo Ducati dan juga jentera.
“Sekarang, saya tahu apa yang saya buat dan apa langkah seterusnya yang perlu diambil untuk menjinakkan GP23 kerana sejak 2022 lagi saya masih belajar dengan versi ini.” Ungkap Bastianini
“Silverstone adalah salah satu litar kegemaran saya dan saya menyasarkan podium” tutupnya
Comments
Post a Comment